Analisis Teknikal USD/CHF untuk 26 Februari, 2019

analytics5c75254ba149a.png

Gambaran Keseluruhan: Pasangan mata wang USD/CHF meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 1.0003. Hari ini, tahap sokongan pertama dilihat terletak pada tahap 1.0003, harga sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga sekarang. Selain itu, harga telah ditetapkan di atas sokongan kuat pada tahap 0.9982, yang bertepatan dengan Penarikan Semula Fibonacci 50%. Sokongan ini telah ditolak sebanyak tiga kali sekaligus mengesahkan prospek aliran menaik. Menurut peristiwa sebelumnya, kami meramalkan bahawa pasangan mata wang USD/CHF ini akan diniagakan di antara tahap 1.0003 dan 1.0067. Oleh itu, sokongan terletak pada tahap 1.0003, manakala rintangan harian pada tahap 1.0067. Justeru itu, pasaran mungkin menunjukkan tanda-tanda aliran menaik di sekitar tahap 1.0003. Dengan erti kata lain, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.0003 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.0067; dan seterusnya ke arah tahap 1.0103 dan 1.0140. Walau bagaimanapun, jika pasangan mata wang USD/CHF ini gagal menembusi tahap rintangan 1.0030 pada hari ini, pasaran akan melanjutkan penurunan ke tahap 0.9908.

The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com