Gambaran Keseluruhan:
- Minggu lalu, franc Swiss telah menyaksikan penembusan harga pada tahap rintangan 0.9942, yang kini bertindak sebagai tahap sokongan. Oleh yang demikian, pasangan mata wang ini dilihat telah membentuk sokongan kecil pada tahap 0.9942. Sokongan kuat terletak pada tahap 0.9898 kerana ia mewakili pangsi mingguan. Berdasarkan kepada carta 1H, RSI dan Moving Average (100) masih menuju ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, pasaran kini menunjukkan peluang kenaikkan harga pada tahap 0.9942. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap sokongan kecil 0.9942 dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.0050 dan 1.0100. Juga, adalah perlu untuk diingatkan bahawa sekiranya harga melambung, maka kekuatan bagi pasangan matawang akan ditakrifkan seperti berikut: USD diniagakan dalam arah aliran menaik dan CHF diniagakan dalam arah aliran menurun. Sebaliknya, jika pasangan mata wang ini menutup di bawah tahap sokongan kecil (0.9942), harga diramalkan akan jatuh ke dalam pasaran penurunan harga untuk meneruskan pergerakkan ke arah sokongan yang kuat pada tahap 0.9898. Secara ringkasnya, sokongan kecil dilihat terletak pada tahap 0.9942. Ia adalah menguntungkan untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9940 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 0.9998, 1.0050 dan 1.0100. Walau bagaimanapun, stop loss harus diletakkan pada tahap 0.9900.
