Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang NZD/USD dilihat tidak membuat sebarang pergerakkan harga yang ketara sejak semalam. Kecenderungan pasaran kekal menurun dalam jangka pendek dengan menguji tahap 0.6760 atau lebih rendah. Pasangan mata wang NZD/USD masih diniagakan berhampiran tahap 0.6860 dan 0.6800. Harga meneruskan pergerakkan menurun daripada zon harga 0.6942 dan 0.7880. Minggu lalu, pasangan mata wang ini telah menyaksikan penurunan daripada tahap 0.6942 ke 0.6942 yang bertepatan dengan nisbah 23.6% Fibonacci pada carta 4H. Hari ini, rintangan dilihat berada pada tahap 0.6945 dan 0.7033. Oleh itu, kami menjangkakan harga akan diniagakan di bawah rintangan yang kuat pada tahap 0.6945 dan 0.7033 sebagaimana harga masih berada di dalam saluran penurunan harga sekarang. RSI mula menunjukkan isyarat penurunan harga. Oleh yang demikian, pasaran diramalkan akan menunjukkan tanda-tanda aliran menurun. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 0.6942/0.6900 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6800. Sekiranya pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi sokongan harian yang terletak pada tahap 0.6800, maka pasaran dijangkakan akan jatuh ke tahap 0.6760 untuk menguji sokongan harian dua. Walau bagaimanapun, tahap 0.6942 kekal sebagai zon rintangan yang ketara bagi pasangan mata wang ini. Oleh itu, harga masih diniagakan dalam aliran menurun selagi tahap 0.6945 ini tidak ditembusi.
