Analisis Teknikal GBP/USD untuk 06 November, 2017

GBPUSDDaily.png

Gambaran Keseluruhan:

  • Pasangan mata wang GBP/USD masih diniagakan dalam aliran menaik daripada zon 1.3017. Tahap sokongan pertama kini dilihat terletak pada tahap 1.3017. Harga sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga sekarang. Selain itu, harga telah ditetapkan di atas sokongan kukuh pada tahap 1.3017, yang bertepatan dengan tahap Penarikan Semula Fibonacci 61.8%. Sokongan ini telah ditolak sebanyak tiga kali sekaligus mengesahkan aliran menaik. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami meramalkan bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini akan berdagang di antara tahap 1.3017 dan 1.3298. Oleh yang demikian, sokongan dilihat terletak pada tahap 1.3017, manakala rintangan harian pada tahap 1.3298. Oleh itu, pasaran berkemungkinan akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik di sekitar tahap 1.3017. Dengan kata lain, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas zon 1.3017 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.3298; dan harga akan meneruskan pergerakkan ke tahap 1.3655 pada hari-hari yang akan datang. Sebaliknya, jika pasangan mata wang GBP/USD ini gagal untuk menembusi tahap rintangan 1.3298 pada hari ini, adalah diramalkan bahawa pasaran akan meneruskan dagangan dalam aliran menurun sehingga mencecah ke tahap 1.2820.
The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com