Analisis Teknikal EUR/USD untuk 06 November, 2017

EURUSDH1.png

Gambaran Keseluruhan:

  • Pasangan mata wang EURUSD meneruskan dagangan dalam aliran menurun daripada tahap 1.1608. Pasangan mata wang ini turun daripada tahap 1.1608 yang bersamaan dengan rintangan pertama ke tahap semasa sekitar 1.1587. Pada hari ini, rintangan pertama dilihat berada pada tahap 1.1608, dan diikuti oleh tahap 1.1638, manakala sokongan harian 1 dilihat terletak pada tahap 1.1577. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang EUR/USD ini masih bergerak di antara tahap 1.1608 dan 1.1544; untuk itu kami menjangkakan julat dagangan sekurang-kurangnya 64 pips. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini gagal menembusi tahap rintangan 1.1608, pasaran akan jatuh ke tahap 1.1544. Ini akan mencetuskan pasaran penurunan harga sebagaimana indikator RSI masih berada di kawasan positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pembalikan harga. Pasangan mata wang dijangkakan akan meneruskan kesinambungan penurunan harga yang lebih rendah sekurang-kurangnya ke tahap 1.1505 dan mensasarkan untuk menguji sokongan harian. Sokongan lain dilihat terletak pada tahap 1.1544 dan 1.1505. Sebaliknya, jika harga menembusi pada tahap rintangan 1.1676 (double top), senario ini akan menjadi tidak sah atau terbatal.
The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com