Tinjauan teknikal:
Pasangan mata wang EURUSD telah meningkat semula kepada tahap 1.0970-75 selepas turun seketika melalui 1.0940 pada hari Isnin. Pasangan mata wang tunggal ini cenderung untuk diniagakan berhampiran tahap 1.0965 sewaktu penulisan artikel ini dan berpotensi untuk menolak melalui julat intraday 1.1000-1.1010 sebelum ia ditarik semula lebih rendah lagi. Kenaikan harga kelihatan cenderung untuk kekal dalam kawalan dan mengekalkan harga berdagang di bawah tahap 1.1076 pada masa akan datang.
Pasangan mata wang EURUSD sedang berusaha untuk membuat ayunan menaik yang lebih besar masing-masing di antara tahap 0.9535 dan 1.1035. Pasangan mata wang ini telah mengukir potensi gelombang pembetulan datar yang berkembang, yang berpotensi disasarkan di bawah tahap 1.0500 untuk diselesaikan. Juga, sila ambil perhatian bahawa harga telah menghasilkan corak graf lilin "Evening Star" pada carta harian selepas tahap tinggi 1.1076 dicapai, yang seterusnya menggalakkan persediaan trend menurun.
Pada masa ini, pasangan mata wang EURUSD sedagng diniagakan pada ayunan menurun yang lebih besar di antara tahap 1.1076 dan 1.0909. Anjakan Fibonacci 0.618 pada penurunan di atas dilihat telah merentasi julat 1.1000-1.1010 (tidak dinyatakan di sini), iaitu rintangan urusniaga harian. Sila berhati-hati untuk reaksi menurun jika harga berjaya melonjak naik menembusi tahap 1.1000-1.1010 pada siang hari atau dalam tempoh terdekat.
Idea dagangan:
Pergerakan menurun yang berpotensi ke arah tahap 1.1200
Semoga berjaya!
The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com