Pasangan mata wang GBPUSD telah diniagakan mendatar dengan beberapa kecenderungan penurunan harga sementara penembusan penurunan di bawah tahap 1.3600 diperlukan untuk mendorong pergerakan harga selanjutnya ke tahap yang lebih rendah.
Sementara itu, tahap BEKALAN paling hampir dilihat terletak di sekitar 1.4000 di mana penolakan penurunan harga dan Kemasukan Pesanan MENJUAL yang sah dijangka.
Penolakan kenaikkan harga baru-baru ini telah diperhatikan di sekitar tahap 1.3600 serta penembusan kenaikan sementara di atas 1.3880 menunjukkan kebarangkalian yang tinggi bahawa pergerakan menaik ini cenderung untuk diteruskan menuju ke tahap 1.4025 dan diikuti tahap 1.4100.
Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini masih terperangkap dalam julat harga tetap sehingga momentum penurunan ketara muncul di pasaran.
Penembusan penurunan harga di bawah tahap 1.3720 cenderung untuk menyebabkan kesinambungan aliran menurun ke arah tahap 1.3560 kemudian 1.3400 yang dijangka akan dicapai.
Baru-baru ini, pasangan mata wang GBPUSD telah menguji Zon Permintaan yang terletak di sekitar tahap 1.3400, yang mana ia adalah selari dengan Tahap Fibonacci 123% dari pergerakan penurunan terkini.
Ini adalah tahap kemasukan yang baik untuk penarikan semula menaik ke arah tahap 1.3650 dan 1.3720 jika momentum kenaikkan harga dikekalkan.
Pada masa ini, prospek dagangan jangka pendek kekal menaik selagi pasangan mata wang ini mengekalkan pergerakannya di atas tahap 1.3550
Sebaliknya, penurunan harga yang lain di bawah tahap 1.3550 berkemungkinan akan menjadi petunjuk untuk pergerakan menurun yang lebih rendah ke arah 1.3225 kerana ia adalah selari dengan Tahap Lanjutan Fibonacci seterusnya.
The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com