Pasangan mata wang GBP/USD meneruskan dagangan dalam aliran menaik, melantun dalam saluran menaik pada carta 4 jam, sekitar tahap 1.3270 dan 1.34. Pasangan maat wang ini dilihat ini masih berjuang untuk tidak kehilangan momentum kenaikkan harga.
Mesyuarat yang berlangsung pada Rabu lalu di Brussels, pegawai EU dan UK telah bersepakat bahawa keputusan tegas mengenai masa depan rundingan mesti dibuat sebelum Ahad minggu ini (maka ini adalah tarikh akhir baru). Walau bagaimanapun, para penganalisis menjangkakan bahawa tidak akan ada kesepakatan yang akan dicapai dan ini cenderung untuk melemahkan pound Britain dan mendorong harga berdagang ke sokongan seterusnya pada saluran kenaikan harga pada carta harian.
Sekiranya perbincangan di antara UK dan EU mengenai hubungan perdagangan masa depan mereka gagal, kemungkinan besar pasangan mata wang GBP/USD ini akan jatuh ke zon sokongan saluran aliran menaik. Sekiranya senario ini menjadi kenyataan, penembusan harga pada saluran carta 4 jam (sekitar 1.3250) mungkin akan berlaku dan penembusan harga pada tahap sokongan saluran kenaikan harga harian (1.3060) seperti yang anda lihat pada carta.
Berbeza dengan ini, kami menjangkakan pound Britain akan berdagang di atas EMA 200 hari, di atas 1.3330, di atas tahap ini kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ini akan menembusi rintangan pertama pada tahap 1.3476 dan sebagai sasaran akhir ke tahap 1.3623. Bahagian atas saluran menaik pada carta 4 Jam.
Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya menembusi saluran aliran menaik secara mendadak (anda dapat melihat pada carta) di bawah tahap 1.3260 dengan sasaran akhir pada tahap 1.3060, dan membuka pesanan membeli hanya sekiranya pasangan mata wang ini diniagakan di atas tahap 1.3330 dengan sasaran terletak pada tahap 1.3623.
Sentimen pasaran untuk 11 Disember menunjukkan bahawa terdapat 54% pelabur yang membuka pesanan menjual pasangan mata wang ini, jika data ini terus menurun seperti yang kita perhatikan dan bandingkan dengan minggu lalu, kemungkinan besar pasangan mata wang ini boleh jatuh ke tahap 1.3060 dalam beberapa hari akan datang.
Tip perdagangan pasangan mata wang GBP/USD untuk 11 - 14 Disember
Adalah disarankan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli di atas tahap 1.3330 (EMA 21), dengan pesanan Take Profit ditetapkan pada tahap 1.3427, 1.3476 (double top), dan 1.3623 (saluran aliran), dan Stop Loss di bawah 1.3290.
Adalah disarankan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi di bawah tahap 1.3265 (saluran trend 4 Jam), dengan pesanan Take Profit ditetapkan pada tahap 1.3180 dan 1.3060 (saluran trend harian), dan Stop Loss di atas 1.3310.
The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com