Ketidaktentuan pasaran: Bilakah ia akan berhenti?

5D0NOEWHo20oYMuonI0PbObiCzka4e7eMVU51o2z

Kesinambungan volatiliti rendah adalah sesuatu yang membimbangkan. Mata wang utama diniagakan dengan begitu stabil.

Minggu semasa akan dipendekkan, menjelang Good Friday, dan diikuti cuti Easter. Kali ini, pasaran forex menjadi sukar, dan pergerakan mata wang membingungkan. Menjelang cuti umum, peniaga cuba untuk mengambil keuntungan, tetapi pada minggu Easter, sering berlakunya pembentukan tahap tinggi jangka pendek atau penurunan baru. Ia kebiasaanya diikuti oleh pembalikan harga. Merujuk kepada fakta, bahawa semua pasaran akan melemah pada Jumaat, dan beberapa daripadanya akan ditutup pada Isnin, maka kita bercakap mengenai penembusan harga palsu.

Pada masa ini, mata wang terperangkap dalam julat pengukuhan harga. Para peniaga memerlukan alasan yang baik untuk mula bergerak. Salah satu faktor pemangkin yang berpotensi adalah penerbitan laporan mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China. Perlu diingatkan bahawa minggu ini dicirikan oleh banyaknya laporan yang dikeluarkan pada hari ini, juga pada Rabu dan Khamis.

Laporan ekonomi yang perlu diberi perhatian;

  • KDNK China
  • CPI UK
  • Laporan Pekerjaan Australia
  • Indeks aktiviti perniagaan zon eropah
  • Jualan Runcit UK
  • Jualan Runcit AS
  • Jualan Runcit Kanada

Mata wang terbaik pada Isnin adalah pound Britain. Ia kini menghadapi tempoh tenang susulan penangguhan Brexit, yang seharusnya memberi kesan positif kepada nilai pound. Arah dagangan sepanjang minggu ini dipengaruhi oleh kenaikan harga dalam sektor perumahan, tetapi nasib sterling bergantung kepada laporan pekerjaan, jualan runcit dan inflasi pengguna. Sekiranya paras harga meningkat, maka jualan runcit mungkin tidak mencapai ramalan. Sekiranya laporan makroekonomi mencatatkan bacaan yang kukuh, pasangan mata wang GBP/USD ini berpeluang untuk menembusi tahap $1.32.

yhuyKPIxw_krt_3IiCZIZflMXGuTzDo4A9091XJg

Mungkin faktor luar utama permulaan minggu ini ialah dolar Kanada. Kemerosotan harga minyak telah mendorong dolar Kanada untuk diniagakan rendah. Keadaan ekonomi yang melemah juga memainkan peranannya. Dolar Australia, sebaliknya, menyaksikan pertumbuhan, sementara rakan sejawatannya di New Zealand mengabaikan kemerosotan aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan. Mungkin ia akan mengubah nilai inflasi pengguna di New Zealand, yang akan dikeluarkan pada Rabu. Indikator ini mungkin mencatatkan kenaikkan.

Pada Selasa, perhatian tertumpu kepada mata wang euro, peserta pasaran sedang menunggu pengumuman laporan indeks Institut Penyelidikan ZEW dan kejayaan pasangan mata wang EUR/USD. Ia mempertahankan tahap rintangan $1.1315, diikuti dengan penurunan mendadak. Mata wang tunggal ini telah jatuh di seluruh pasaran selepas Reuters melaporkan bahawa wakil ECB mempertimbangkan ramalan pengawal selia, yang menurutnya pemulihan ekonomi zon eropah adalah dijangkakan pada separuh kedua tahun ini, kerana bacaan terlalu optimis. Peserta pasaran dalam aliran tidak jelas, memadamkan kedua-dua prospek utuk "kenaikan harga" dan "penurunan harga".

jzbzlSUiorqM9vZ40XtsjbRyQfoa4wmpFO8qv8j4

Secara keseluruhannya, daya tahan euro sangat mengagumkan. Volatiliti pada pasangan mata wang utama hampir mencatatkan rekod rendah, yang dicatatkan pada 5 tahun lalu. Kemudian mata wang ini dilihat terperangkap dalam julat harga $1.13.

Salah satu faktor untuk ketidaktentuan yang berpanjangan di pasaran adalah disebabkan oleh kadar faedah di Eropah dan Amerika Syarikat. Rizab Persekutuan AS tidak merancang untuk menaikkan kos pinjaman pada tahun ini, dan ECB mengikutinya.

The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com