Sementara itu, kelewatan Brexit memberi kuasa kepada EUR telah menyebabkan pasangan mata wang ini meningkat berbanding JPY. Walaupun mata wang tunggal bergelut dengan kelembapan ekonomi, ia dijangka mengekalkan momentum yang kuat apabila BOJ mengejar sasaran inflasi 2%.
Bank Pusat Eropah (ECB) telah mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelembapan ekonomi, dan keputusan dasar kewangannya tertunda sehingga ekonomi pulih dengan ketara. Menurut pengawal selia, beberapa faktor yang menyebabkan kelewatan dalam pertumbuhan adalah sementara, dan beberapa kenaikkan dijangka berlaku pada separuh kedua tahun ini. Para penggubal dasar menyatakan bahawa pertumbuhan perdagangan global agak melemah, sementara perang perdagangan akan mempengaruhi ekonomi tidak lama lagi apabila perbincangan perdagangan AS-Eropah sedang berlangsung. Pada masa ini, ECB melihat pertumbuhan zon eropah pada 1.1% bukannya 1.7% pada ramalan awal 3 bulan lalu.
Belanjawan Eropah dijangka akan melengkapi dasar kewangan, walaupun tidak banyak maklumat mengenai perkara penting ini. Laporan Akaun Semasa hari ini dari zon eropah dijangka akan menunjukkan penurunan kepada 33.2B berbanding 36.8B dalam bacaaan yang terdahulu, manakala CPI Akhir kekal tidak berubah pada 1.4%. Selain itu, Imbangan Perdagangan Eropah dijangka menurun kepada 16.8B daripada bacaan sebelumnya 17.0B. Walaupun jangkaan agak pesimis, sebarang hasil positif laporan ini mungkin membawa kepada keuntungan yang ketara untuk EUR berbanding JPY.
Sebaliknya, Bank of Japan (BOJ) bersedia untuk bertindak dengan dasar kewangan sekiranya krisis kewangan mengancam untuk mengganggu kestabilan sistem perbankan negara. Ekonomi Jepun masih agak tidak menentu, oleh yang demikian, BOJ harus bertindak terhadap risiko yang berpotensi untuk ekonomi. Laporan Imbangan Perdagangan Jepun hari ini dikeluarkan dengan penurunan kepada -0.18T daripada bacaan sebelumnya 0.03T, lebih baik berbanding ramalan mengunjurkan penurunan kepada -0.30T. Semakan Semula Pengeluaran Perindustrian susut kepada 0.7%, sementara ia dijangka kekal tidak berubah pada 1.4%.
Menurut senario semasa, kedua-dua mata wang sedang bergelut dengan laporan ekonomi yang melemah dan kelembapan ekonomi. EUR berada dalam dilema ekoran dasar kewangan, sementara JPY dijangka menarik sentimen pasaran lebih baik untuk tempoh tertentu susulab tindakan BOJ yang mengejar sasaran inflasi.
Sekarang, mari kita melihat pada gambaran teknikal. Harga sedang diniagakan di bawah tahap rintangan 126.70 hingga 127.50 dengan kecenderungan penurunan harga. Pasangan mata wang ini diramalkan akan bergerak lebih rendah walaupun terdapat pembetulan harga dan kebimbangan semasa. Walaupun harga masih berada dalam aliran menaik yang kuat, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan menunjukkan beberapa pergerakan menurun pada hari-hari yang akan datang