Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 22 Disember, 2017

GBPJPYM30.png

Sasaran menaik yang kami ramalkan dalam analisis terdahulu telah dicapai. Pembalikkan harga dilihat telah berlaku. Pasangan mata wang ini telah menyaksikan lantunan semula harga dari tahap 149.45 dan menembusi di atas Moving Average (MA) 20 dan 50. Selain itu, MA 20 kini bergerak ke arah atas dan melintasi di atas MA 50. Indeks kekuatan relatif dilihat berada di atas tahap neutral pada 50.

Kesimpulannya, selagi tahap 151.25 berupaya menghalang aliran menurun, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang kesinambungan lantunan semula harga dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 152 dan 152.35.

Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan dengan ramalan, kedudukan menjual dicadangkan di bawah tahap 151.25 dengan sasaran diletakkan pada tahap 151.00.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 151.25, Take Profit: 152.00

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Tahap Rintangan: 152.00, 152.35, dan 153.00

Tahap Sokongan: 151.00, 150.75, dan 150

The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com