Strategi Perdagangan EUR/USD dan Indeks Dolar AS untuk 08 November, 2017

analytics5a02a92cc9f67.jpg

Tinjauan Teknikal:

Carta 4H bagi pasangan mata wang EUR/USD telah dinyatakan di sini dengan perkiraan gelombang yang paling berkemungkinan, untuk mendapatkan tinjauan jangka sederhana untuk pasangan mata wang ini. Merujuk kepada perkembangan di sini, pasangan mata wang ini seolah-olah membentuk corak pepenjuru ketara dari tahap tinggi 1.2092 atau zigzag berganda (tidak dilabel di sini sebagai alternatif). Dalam kedua-dua kes, kami menjangkakan tahap rendah di bawah tahap 1.1573 sebelum harga diniagakan dalam aliran menaik. Sekurang-kurangnya EUR/USD telah menembusi tahap rendah baru semalam sebelum harga ditarik semula lebih tinggi lagi. Sila ambil perhatian bahawa kebarangkalian masih kekal rendah sekurang-kurangnya ke tahap 1.1510 sebelum pasangan mata wang ini membalikkan harga pergerakkan. Walau bagaimanapun pada masa yang sama, sila perhatikan perbezaan di MACD dan RSI, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk menukar strategi dagangan untuk jangka masa panjang.

Strategi Perdagangan:

Sila kekal membeli buat masa sekarang pada tahap 1.1585 dan 1.1500/20, risiko kekal berada di bawah tahap 1.1400, mensasarkan pergerakkan sekurang-kurangnya hingga ke tahap 1.1900.

Persediaan carta Indeks Dolar AS:

analytics5a02aae8a7bc0.jpg

Tinjauan Teknikal:

Persediaan carta 4H bagi Indeks Dolar AS telah ditunjukkan di sini untuk melihat prospek jangka sederhana dan persediaan perdagangan. Indeks Dolar AS diramalkan akan melengkapkan sama ada kenaikkan impulsif gelombang 5 melalui tahap 95.30/50 seperti yang dilabelkan di sini, atau ia akan menamatkan gelombang 4 dari tahap yang lebih besar (merujuk kepada carta harian semalam). Dalam mana-mana kes, kami menjangkakan pembalikan penurunan harga daripada tahap 95.30/50 seperti yang digambarkan di sini (nisbah fibonacci merah). Kami sedang mengubah strategi perdagangan jangka sederhana untuk mengambil pesanan menjual sewaktu harga melonjak sekurang-kurangnya ke tahap 92.50/93.00. Sila ambil perhatian bahawa jika harga menurun di bawah tahap 94.40, ia adalah petunjuk yang kuat untuk tahap tinggi di sekitar 95.00/10. Adalah disyorkan kepada para pedagang agar lebih berhati-hati terhadap rintangan kuat di sekitar tahap 95.30/50, jika harga berjaya mencecah pada tahap tersebut.

Strategi Perdagangan:

Kekal menjual daripada tahap 94.85/90 dan menambah pesanan baru pada tahap 95.30/50, risiko kekal terletak pada tahap 96.00, dengan tahap sasaran pada 92.50.

Tinjauan Fundamental:

Tiada laporan ekonomi utama yang dibentangkan untuk hari ini.

Semoga berjaya!

The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com