Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan prospek kenaikan harga. Pasangan mata wang ini menyaksikan lantunan semula harga dan menembusi di atas Moving Average (MA) 20 dan 50. Selain itu, MA 50 dilihat sedang bergerak naik. Indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum penurunan harga.
Dolar AS diniagakan lebih rendah menjelang mesyuarat dasar kewangan Rizab Persekutuan yang bermula pada Selasa dan laporan pekerjaan Oktober AS yang dijadualkan akan dikeluarkan pada Jumaat. Para pelabur juga dilihat mengambil langkah berhati-hati ekoran berita bahawa Paul Manafort, bekas pengurus kempen Presiden Donald Trump sedang menghadapi pertuduhan dalam siasatan Rusia.
Oleh itu, selagi harga tidak menembusi tahap sokongan 0.9935, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan kenaikkan harga yang selanjutnya dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.0030 dan 1.0050.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 0.9935, Take Profit: 1.0030
Tahap Rintangan: 1.0030, 1.0050, dan 1.0075
Tahap Sokongan: 0.9900, 0.9870, dan 0.9850
The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com
