Analisis Teknikal USD/CHF untuk 02 November, 2017

USDCHFH1.png

Gambaran Keseluruhan:

  • Semalam, pasangan mata wang USD/CHF telah menembusi tahap 0.9998 yang bertindak sebagai sokongan buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini telah membentuk sokongan utama pada tahap 0.9942. Sokongan yang kuat dilihat pada tahap 0.9898 kerana ia mewakili pangsi mingguan. Berdasarkan kepada carta 1H, RSI dan Moving Average (100) masih menuju ke tahap yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, pasaran menunjukkan peluang kenaikkan harga pada tahap 0.9942. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap sokongan kecil 0.9942 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.0050 dan 1.0100. Juga, perlu diingatkan bahawa jika harga melambung, maka kekuatan dalam pasangan mata wang ini akan ditakrifkan seperti berikut: USD diniagakan dalam arah aliran menaik dan CHF diniagakan dalam aliran menurun. Sebaliknya, jika pasangan mata wang ini menutup di bawah tahap sokongan kecil (0.9942), harga akan jatuh ke dalam pasaran penurunan harga untuk meneruskan pergerakkan ke arah sokongan yang kuat pada tahap 0.9898. Secara ringkasnya, sokongan kecil dilihat terletak pada tahap 0.9942. Ia adalah menguntungkan untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9940 dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 0.9998, 1.0050 dan 1.0100. Walau bagaimanapun, stop loss harus diletakkan pada tahap 0.9900. Kami kini masih menunggu pasaran kenaikkan harga yang kukuh dalam tempoh dua hari yang akan datang.
The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com