Kami akan kekal pada ramalan semalam. Pasangan mata wang GBP/JPY masih diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga. Pasangan mata wang ini dilihat sedang berdagang di atas Moving Average (MA) 20 dan 50, yang berperanan sebagai tahap sokongan dan mengekalkan kecenderungan kenaikkan harga. Indeks kekuatan relatif menaik dan mendorong kepada kesinambungan pergerakkan kenaikkan harga ke tahap yang lebih tinggi. Kebarangkalian untuk penurunan harga perlu dihadkan oleh sokongan utama pada tahap 149.10.
Oleh itu, selagi tahap utama ini tidak ditembusi, perhatikan peluang untuk ujian harga baru dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 150.40 dan 150.90.
Sebagai alternatif, sekiranya harga bergerak dalam arah yang bertentangan dengan ramalan, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 149.10 dengan sasaran diletakkan pada tahap 148.60.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 149.10, Take Profit: 150.40
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Tahap Rintangan: 150.40, 150.90 dan 151.45
Tahap Sokongan: 148.60, 147.90, dan 147.35
The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com
