Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 06 November, 2017

GBPJPYM30.png

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menaik di atas tahap 149.10. Walaupun pasangan mata wang ini menyaksikan penarikan semula harga daripada tahap 148.70, asas sokongan pada tahap 149.10 telah terbentuk dan telah membenarkan penstabilan harga buat sementara. Indeks kekuatan relatif dilihat bercampur-campur dengan kecenderungan kenaikkan harga.

Kesimpulannya, selagi tahap 149.10 berupaya melindungi aliran penurunan harga, harga berkemungkinan besar akan meneruskan kesinambungan pergerakkan menaik ke tahap 149.90 dan 150.30.

Sebagai alternatif, sekiranya harga bergerak dalam arah yang bertentangan dengan ramalan, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 149.10 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 148.70.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 149.10, Take Profit: 149.90

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Tahap Rintangan: 149.90, 150.30 dan 151.05

Tahap Sokongan: 148.70, 148.20, dan 147.55

The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com