Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 08 November, 2017

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD perlahan-lahan dilihat bergerak lebih rendah, manakala kecenderungan keseluruhan di pasaran adalah menurun. Harga kini diniagakan di bawah garis rintangan pada tahap 1.1600, menuju ke garis sokongan 1.1550. Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga pada carta 4 jam dan berkemungkinan besar akan bergerak lebih rendah lagi.

1.png

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini tidak menyaksikan kenaikkan yang ketara pada minggu ini, walau bagaimanapun harga berjaya mengekalkan kenaikkannya. Sasaran untuk minggu ini terletak pada tahap rintangan 1.0050, 1.0100 dan 1.0150. Tahap rintangan 1.0150 memerlukan tekanan belian yang sangat kuat untuk membolehkan harga menembusi ke tahap yang lebih tinggi.

2.png

GBP/USD: Pasangan mata wang ini diniagakan dalam arah aliran harga yang tidak menentu sekarang, dengan kenaikkan dan penurunan yang ketara. Kecenderungan harga jangka pendek di pasaran tidak adalah jelas sama ada menaik atau sebaliknya. Kecenderungan arah aliran harga yang jelas dijangka akan diketahui tidak lama lagi selepas harga meneruskan dagangan dalam satu arah. Sehingga itu, adalah disarankan kepada para pedagang untuk keluar dari pasaran.

3.png

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini diniagakan sangat tidak menentu, walau bagaimanapun kecenderungan kenaikkan harga masih sah. Memandangkan prospek pada USD adalah menaik pada minggu ini, apabila volatiliti kembali ke dalam pasaran, ia akan memihak kepada aliran menaik. Oleh itu, sasaran awal terletak pada tahap bekalan 114.00, 114.50 dan 115.00.

4.png

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan dalam aliran menurun. EMA 11 berada di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 berada di bawah tahap 50. Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga yang jelas pada carta 4 jam, menggambarkan pergerakan penurunan harga yang selanjutnya. Selagi harga diniagakan di bawah EMA 56, prospek di pasaran akan kekal menurun.

5.png

The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com