Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 November, 2017

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD kini diniagakan lebih rendah secara beransur-ansur, sementara kecenderungan keseluruhan di pasaran adalah menurun. Harga kini berada di bawah garis rintangan pada tahap 1.1600, menuju ke garis sokongan 1.1550. USD sepatutnya diniagakan kukuh pada minggu ini, dan itulah yang akan meletakkan tekanan penurunan harga pada pasangan mata wang EUR/USD.

1.png

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF tidak menyaksikan pergerakkan harga yang ketara pada Isnin, walau bagaimanapun, harga dapat mengekalkan memnetum menaik. Sasaran untuk minggu ini terletak pada tahap rintangan 1.0050, 1.0100, dan 1.0150. Tahap rintangan 1.0150 memerlukan tekanan belian yang sangat kuat bagi membolehkan harga menembusi ke tahap yang lebih tinggi.

2.png

GBP/USD:Pasangan mata wang kini diniagakan tidak menentu, dengan volatiliti pasaran yang tinggi. Kecenderungan jangka pendek di pasaran tidak jelas sama ada menaik atau menurun. Kecenderungan arah aliran yang jelas diramal akan dapat dilihat tidak lama lagi, selepas harga meneruskan dagangan dalam satu arah. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk tidak memasuki pasaran sehingga arah aliran harga yang jelas disahkan.

3.png

USD/JPY: Isyarat kenaikan harga telah dinyatakan pada pasangan mata wang USD/JPY. Harga kini dilihat sedang berusaha untuk diniagakan lebih tinggi; dan harga telah menembusi tahap permintaan 114.00, yang mensasarkan pergerakkan ke tahap bekalan 114.500. Satu lagi sasaran untuk minggu ini terletak pada tahap bekalan 115.00.

4.png

EUR/JPY: Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga pada pasangan mata wang ini, dan kenaikkan harga ini harus ditafsirkan sebagai peluang untuk mengambil pesanan menjual jangka pendek. Zon permintaan 132.00 telah diuji dan ia diramalkan akan diuji sekali lagi (ia akan ditembusi untuk aliran penurunan harga apabila harga bergerak jauh lebih rendah). Berikutan prospek penurunan harga dinyatakan pada pasangan EUR minggu ini, pasaran sepatutnya diniagakan jauh lebih rendah.

5.png

The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com