Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 Oktober, 2017

USDCHFH1.png

Gambaran Keseluruhan:

  • Minggu lalu, pasangan mata wang USD/CHF telah menembusi tahap rintangan 0.9942, yang bertindak sebagai sokongan buat masa sekarang. Oleh yang demikian, pasangan mata wang ini telah membentuk sokongan kecil pada tahap 0.9942. Sokongan yang kuat dilihat pada tahap 0.9898 kerana ia mewakili pangsi mingguan. Berdasarkan kepada carta 1H, RSI dan Moving Average (MA) (100) masih menuju ke arah lebih tinggi. Oleh itu, pasaran menunjukkan peluang kenaikkan harga pada tahap 0.9942. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas sokongan kecil 0.9942 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.0050 dan 1.0100. Juga, adalah perlu untuk diingatkan bahawa sekiranya harga melambung, maka kekuatan bagi pasangan matawang akan ditakrifkan seperti berikut: USD diniagakan dalam arah aliran menaik dan CHF diniagakan dalam arah aliran menurun. Sebaliknya, jika pasangan mata wang ini menutup di bawah tahap sokongan kecil (0.9942), harga diramalkan akan jatuh ke dalam pasaran penurunan harga untuk meneruskan pergerakkan ke arah sokongan yang kuat pada tahap 0.9898.

Cadangan Perdagangan:

  • Sokongan kecil dilihat berada pada tahap 0.9942, ia adalah menguntungkan untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9940 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 0.9998, 1.0050 dan 1.0100. Walau bagaimanapun, pesanan stop loss harus diletakkan pada harga 0.9898.
The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com