Pasangan mata wang GBP/USD sekali lagi diniagakan di bawah SMA 200, sekaligus mengesahkan bahawa harga telah terperangkap dalam julat harga yang kecil. Ini adalah faktor yang menyebabkan kami tidak dapat mengenal pasti arah aliran harga dominan bagi pasangan mata wang ini, walau bagaimanapun, kami masih menjangkakan bahawa harga akan diniagakan pada tahap harga yang lebih rendah. Sekiranya sokongan yang ditawarkan pada tahap rendah 20 Oktober ini berjaya ditembusi, maka adalah diramalkan bahawa kita akan menyaksikan kesinambungan pergerakkan penurunan harga sehingga mencecah ke tahap 1.3037.
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.3309 / 1.3373
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.3216 / 1.3037
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.3216, take profit pada tahap 1.3037 dan stop loss pada tahap 1.3398.
The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com
