Ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk kekal konsisten dalam forex. Tapi, di sini saya nyatakan 4 perkara berdasarkan kepada pengalaman saya. Lain-lain perkara anda boleh tambah sendiri. Asalkan perkara itu sesuatu yang positif yang membantu anda untuk kekal konsisten.
Tidak tamak
Forex sememangnya boleh memberikan keuntungan yang lumayan. Namun keuntungan itu perlu dijana tanpa ada sifat tamak dan gelojoh semasa anda trade. Mana boleh kita open position sesuka hati tanpa perlu membuat analisa pasaran. Sesuka hati nak buy atau sell. Tak boleh macam tu. Bila trade dibuat dengan sesuka hati tanpa mengambil kira analisa dan money management yang betul, memang ke laut bertemu Encik Margin Call lah jawabnya.
Belajar, belajar dan terus belajar
Nak berjaya dan konsisten dalam forex memerlukan pengetahuan. Untuk mendapat pngetahuan kenalah rajin membaca, belajar dan praktikkan ilmu yang dipelajari. Sentiasa membaca analisa-analisa market dari sumber yang betul, rajin buat back testing, tulis jurnal trading, melukis di chart yang mana itu semua antara cara untuk memantapkan lagi trading kita. Kalau ada modal, pergi seminar yang betul-betul mengajar anda cara trading forex atau beli buku-buku berkaitan forex, kewangan, ekonomi dan motivasi. Dah beli tu, kenalah baca. Jangan dibuat sendal pintu.
Jauhi Lot Gajah
Kalau dah tahu modal tu kecil jangan lah trade forex tu dengan lot besar. Berpada-pada lah trade forex dengan lot yang kecil sesuai dengan modal. Trade je forex tu dengan money management yang sesuai, nanti lot gajah tu akan datang dengan sendiri tanpa perlu anda panggil.
Jangan sombong
Baru dua tiga kali open position yang memberikan keuntungan, terus bangga diri. Terus kata ''Heh.. tak payah belajar pun.. boleh je untung'' Amboi Sombongnya. Dalam forex trading ada waktunya langit tak selalu cerah. Untung atau rugi, bersyukurlah selalu. Selain itu, selalulah bertanya dengan mereka yang berpengalaman jika ada perkara yang kita tidak faham.

